You Are Reading

0

SAMBUNGAN PEMBELAJARAN MASTERI...

Zaffuan - Dzulkifli - Fadhil Friday, August 27, 2010
Prinsip Pembelajaran Masteri:-

i- Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan guru.
ii- Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai.
iii- Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan.
iv- Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas


Ciri-ciri Pembelajaran Masteri:-

i- Hasil pembelajaran perlulah ditentukan.
ii- Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran.
iii-Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menggembirakan.
iv- Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK)
v- Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan.
vi-Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.
vii- Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.
viii – Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.



Model Pembelajaran Masteri

Dalam pembelajaran masteri terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan. Langkah tersebut digambarkan melalui model di bawah:-


LNGKAH PEMBELAJARAN MASTERI

-penentuan hasil pembelajaran
-pengajaran dan pembelajaran.
-penilaian
-tindakan dan susulan.


Bagaimanakah hasil pembelajaran dinyatakan?
i- Berdasarkan sukatan pelajaran.
Ii- Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur.
Iii- Secara eksplisit, jelas dan terperinci.
Iv- Dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
V- Mengikut aras pembelajaran dari mudah kepada sukar.


Penentuan Pengajaran dan Pembelajaran
     Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru harus mengambil kira perkara berikut:-
                i- Kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza.
                ii- Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.
                iii- Kemudahan yang sedia ada.
                iv- Masa yang diperuntukkan.
Kenali Murid
                Sahsiah seseorang murid mempengaruhi gaya pembelajaran. Justeru, guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

Mengapakah perlu pelbagai kaedah dan bahan?
                Kaedah dan bahan perlu dipelbagaikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya:-
                i- Pelajar lebih mudah memahami dan menghayati kandungan pelajaran.
                ii- Pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
                Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan iaitu:-
                i- Berpusatkan guru.
                ii- Berpusatkan murid.
Dalam pendekatan berpusatkan guru, kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut:-
                i- Penerangan
                ii- Penjelasan
                iii- Bercerita
                iv- Huraian
                v- Memberi nota
                vi- Syarahan
                vii- Demonstrasi 
Dalam pendekatan yang berpusatkan murid pula, kaedah yang boleh digunakan adalah:-
                i- Bercerita
                ii- Bacaan
                iii- Latih tubi
                iv- Pembelajaran akses kendiri
                v- Inkuiri penemuan
                vi- Soal jawab
                vii- Main peranan
                viii- Demonstrasi
                ix- Penyelesaian masalah
                x- Sumbang saran
                xi- Projek
                xii- Pembelajaran koperatif
                xiii- Amali
 
Penilaian
                Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.
Mengapa perlu penilaian?
i- Mengesan pencapaian murid.
ii- Mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah.
iii- Mengenal pasti sama ada hasil pembelajaran sudah atau belum dikuasai.
iv- Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran.
v- Menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang perlu dijalankan.
vi- Menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
 
Penilaian dalam Pembelajaran Masteri
                Penilaian perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan ujian Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian mestilah berdasarkan kepada hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

Bilakah penilaian harus dibuat?
i- Semasa pengajaran dan pembelajaran.
ii- Semasa sesuatu unit pembelajaran.
iii- Selepas tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.
Apakah domain yang dinilai?
i- Kognitif.
ii- Afektif.
iii- Psikomotor
                Cara menilai Pembelajaran Masteri
                Hasil pembelajaran boleh dinilai secara lisan, pemerhatian dan penulisan. Penilaian boleh dijalankan secara berasingan atau digabungkan mengikut aspek yang hendak dinilai.
 


 
Tindakan Susulan
                Tindakan susulan dalam pembelajaran Masteri dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti. Aktiviti tindakan susulan bertujuan untuk:-
                i- Memastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga terjejas pembelajaran seterusnya.
                ii- Memperkukuh dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai.

Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti:-
                i- Pemulihan
                ii- Pengayaan ( pengukuhan dan pengembangan)
                Aktiviti Pemulihan
                Merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid yang belum melepasi aras masteri. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran diubah suai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.

Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan:-
i- Mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain.
ii- Memperbetulkan perlakuan yang salah.
iii- Mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula.
iv- Menggunakan bahan visual.
v- Mempermudah dan mempelbagaikan latihan.
vi- Menjalankan latih tubi.
vii- Menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya.
viii- Memotivasikan murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.
ix- Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda.
x- Melatih murid mengenal pasti idea utama.

Aktiviti Pengayaan
                Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri. Aktiviti pengayaan dirancang bagi:-
                i- Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar dan menarik.
                ii- memperluaskan pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid.
                iii- Menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir.
                iv- Meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran.

Terdapat dua aktiviti pengayaan iaitu:-
i- Pengukuhan.
ii- Pengayaan.
                Pengukuhan
                Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama.
Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah:-
                i- Memberi latihan yang lebih mencabar.
                ii- Memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk.
                iii- melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta dan rajah.
                iv- Melatih murid membuat nota.
                v- Menjalankan latih tubi.
                vi- Melatih murid mengenal pasti idea utama.
                vii- Mengakses meklumat dari laman web.
 
Aktiviti Pengembangan
                Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini boleh dijalankan oleh muird secara terarah kendiri.
Contoh aktiviti pengembangan ialah:-
i- Membuat projek.
ii- Membuat tugasan.
iii- Membuat kajian.
 
Dalam menjalankan aktiviti pengembangan, kemahiran yang berikut boleh dipertingkatkan:-
                i- Membuat pemerhatian.
                ii- Mengumpul data.
                iii- Mengakses maklumat.
                iv- Membanding.
                v- Mengklasifikasi.
                vi- Meringkas.
                vii- Merekod.
                viii- Mentafsir.
                ix- Membuat keputusan.
                x- Membuat andaian.
                xi- Menganalisis.
                xii- Melapor.
                xiii- Menyelesaikan masalah.





 

 



 





 




 


 

 

 


 





0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 Musafir Ilmu